Tuesday, June 2, 2009

SUARA HATI WARTAWAN MENGENAI SITI NURHALIZA..
(wallahualam..hnya tuhan jer yg tau)

Telah banyak yang ditulis dan perkatakan di dalam forum mengenai sikap media terhadap Siti dan datuk K. Sebagai salah orang daripada wartawan di media cetak, kita rasa terguris juga> bila membaca kutukan yang dilemparkan. Macamlah kami ini hadap sangat nak tulis cerita Siti ngan datuk K. Walhal kami terikat dengan arahan bos. Bos pulak hanya tahu> kepentingan dari sudut news value yang boleh membawa keuntungan kepadfa kepada syarikat. Hakikatnya, sebagai orang dalam, memang diakui Siti adalahpunca perceraian di antara datuk K dan isterinya. Malah merekasudah lama bercinta iaitu sebelum ke Albert Hall lagi. Buktinya cincin pemberian datuk k, dipakai siti pada waktu itu. Fazley tahu akan hal ini. fazley tahu siti dan datuk k bercinta. tapi, sebagai penganjur bersama konsert itu, fazley harus profesional. dalam pada itu, banyak masalah yang wujud di dalam konsert itu. Siti seringkali menghilangkan diri untuk bertemu datuk k. shopping bersama-sama. Family siti waktu itu bengang dan mahu siti menjauhkan diri dari datuk K. Siti berkeras. Yang menanggung akibat ialah Fazley kerana terpaksa menyelesaikan semua permasalahan itu. Inilah kebenaran yang berlaku selama ini. Tapi, mampukah kami menulisnya wahai saudara-saudari. Sedangkan, setiap kali kami menulis perkara-perkara buruk yang dilakukan siti, anda sebagai peminatlah yang mengutuk kami. Sekarang ini, bila bial anda sudah tahu siapa Siti Nurhaliza yang sebenarnya, anda semua kutuk pula kepada kami tidak dedahkan dirinya yang sebenar. Memang susah jadi wartawan dan memang susah memuaskan hati orang. Perihal siti merokok dulu, bukan kami sengajak create tapi semua itu adalah sumber dari Saerah sendiri. Ttg hubungan dgn Ramli MS, itu bukan cerita yang main-main. Satu industri tahu perkara itu tetapi terpaksa berdiam. Sebab siapa kutuk siti, mereka dikatakan pembawa fitnah, dikatakan cemburu dengan kejayaan siti, dengki dan sebagainya. Dgn Zamani dulu, budak-budak Exist yang tahu sejauh mana percintaan Siti dan Zamani. Siti selalu datang ke Keramat berjumpa dengan buah hatinya. Sebenarnya banyak lagi perkara mengenai siti yang tidak dapat kami dedahkan pada anda semua. Maaf bukan kerana kami takut. Tapi, cuma bimbang bila perkara ini dibawa ke mahkamah. namun, kalaulah anda semua tahu warna sebenar siti, anda mungkin akan terasa 'jijik' dengan sikap sopan-santun yang digambarkan olehnya selama ini. Kini, di kalangan pihak korporat sudah bercerita bahawa datuk k memberitahu mereka bahawa siti bukan barang yang pertama. Kenyataan ini bukanlah untuk membuka mata anda semua siapa siti sebenarnya tetapi untuk menyatakan kepad aanda semua, bahawa kami di media memang maklum dengan perangai sebenarnya cuma ia tidak dapat didedahkan. Maaf kalau sekali lagi tulisan ini menganggu anda khususnya Sultan Mansor yang kononnya begitu mengenali Siti Nurhaliza. Terasa kelakar juga apabila anda mengatakan Siti tidak pernah bercinta dengan sesiapa kecuali Datuk K Kalau hendak menutup kisah Siti yang kurang enak boleh, tapi janganlah dengan cara ini. Kasihanlah dengan peminat yang sudah sekian lama tertipu dengan sikapnya dan imejnya yang baik dan penuh sopan santun. Sebagaimana yang pernah saya katakan sebelum ini, Siti sebelum ini pernah bercinta dengan Zamani. Ini bukan saja diketahui dari kalangan rakan-rakan artis terdekat seperti Exist dan kumpulan Sweetchild yang sering melepak di Keramat tetapi juga beberapa rakan wartawan.... Termasuk rakan wartawan yang sama tempat bekerja dengan saya pada ketika itu. Wartawan itu sudah pun resigned tetapi dia banyak menyimpan rahsia mengenai pertemuan Siti dan Zamani kerana wartawan itu satu geng melepak dengan Exist, Sweetchild dan Zamani. Hubungan Siti dengan Zamani bagaimanapun tidak mendapat restu daripada family Siti dengan alasan Zamani tidak berharta atau berduit. Selepas itu muncul pula Yusry dalam hidup Siti. Namun Yusry sendiri memberitahu bahawa dia tidak dapat meneruskan hubungan dengan Siti kerana bosan dengan sikap Siti yang mahu berahsia banyak perkara. Maksudnya, kalau hendak berkawan dengan Siti, perkara itu tidak seharusnya dihebahkan kepada semua. Kemudian muncul pula Ramli MS. Hubungan mereka agak serius dan beberapa kali pemuzik dan artis sendiri terserempak aksi mereka berdua di dalam keadaan intim. Tidak perlulah saya nyatakan siapa nama pemuzik dan artis itu. Selepas hubungan mereka terputus (sekali lagi family Siti menentang kerana Ramli MS seorang duda), Siti berjumpa dengan seorang lagi duda. Dalam pada itu, saya dan beberapa teman lain pernah bertanya dari hati ke hati dengan Ramli mengenai hubunganya dengan Siti, agak mengejutkan juga jawapan Ramli itu dan anda juga mungkin tidak akan menyangka bahawa Siti sanggup melakukan perkara-perkara yang kurang elok dengan imej baik yang ditampilkannya. Dalam perbualan bersama beberapa rakan artis juga, mereka turut bercerita apa yang Ramli katakan kepada mereka mengenai Siti serta hubungan intimnya dengan penyanyi itu. Tetapi cerita seperti ini, hanya disimpan dan tidak boleh ditulis sama sekali. Kemudian muncul pula Datuk K yang sudah lama dikenalinya iaitu sebelum membuat konsert di London lagi. Malah Datuk K pernah menemami Siti di dalam konsertnya di Indonesia sebelum itu lagi. Seperkara lagi, Rozie bukanlah orang yang bertanggung jawab menemukan Datuk K dengan Siti. Untuk pengetahuan anda semua, Rozie adalah orang yang paling menentang hubungan mereka. Dalam perbualan bersama seorang beberapa orang penting di media baru-baru ini, Datuk K sendiri mengakui bahawa Rozie tidak begitu menyukainya dengan Siti. Bagi anda yang mungkin tidak tahu, Rozie sebenarnya pernah menjadi seorang wartawan di Utusan Malaysia dan hubungan dengan kami yang masih menjadi wartawan di media cetak ini amat rapat, disebabkan itulah Rozie peka siapa Datuk K yang sebenarnya. Kami juag berusaha mendapatkan Tengku Zawyah mengenai hal hubungan Datuk K dengan Siti ini. Namun Tengku Zawyah tidak mahu dengan alasan tidak mahu mengetuhkan keadaan serta mahu menjaga air muka keluarga. Bukan kamui tidak cuba memujuknya tampil ke hadapan. Sudah.. semua itu sudah kami lakukan.. Tapi, selepas Datuk memberi amaran supaya dia menjauhkan diri daripada wartawan, Tengku Zawyah tidak berani. Lagipun kes pembahagian harta masih lagi belum selesai. Namun percayalah Tengku Zawyah memang cukup sedih dengan apa yang berlaku. Tatkla Siti dan Datuk K bergembira mengumumkan tarikh perkahwinan mereka, tatkala itu jugalah Tengku Zawayh menangis sepuas-puas hatinya. Terbit juga rasa kesal di hatinya kerana terlalu mempercayai Siti yang satu ketika dulu ditatang bagaikan seorang anak. Dan, untuk pengetahuan anda, cerai taklik yang diberikan kepada Tengku Zawyah itu bukanlah berlaku atas kesalahan Tengku Zawyah sepenuhnya. Inilah berita yang dikethaui kami menerusi mahkamah tetapi sekali lagi Datuk K membuat kacau meminta pihak penerbitan akhbar supaya tidak memperbesar-besarkan isu itu. Hakikatnya SIti memang penyebab kehancuran rumah tangga Datuk K dan Tengku Zawyah kerana itulah dia tidak mahu ditanya soalan mengenai perampas rumah tangga orang dan mengenai kedudukannya sebagai orang ketiga terhadap perceraian Tengku Zawyah. Apa, nyata kami wartawan memang cukup muak dan bengang dengan sikap siti yang suka menafi dan berdolak-dalik. Tetapi tugas tetap tugas. Sekalipun melaporkan benda yang remeh-temeh mengenai Siti dan Datuk, ia adalah tugas yang harus kami laksanakan. Yang nyata, CEO, TVe, Datuk Farid memang cukup marah apabila Datuk K meminta bayaran sebanyak RM2.7 daripada TV3 untuk siaran eksklusif. TV3 mahu membayar RM1 juta saja dan itulah saja yang diperolehi Datuk K dan Siti. Namun syarat lain yang harus dipatuhi TV3 ialah meneyelesaikan bayaran untuk wedding planner. TV3 juga harus menampilkan mereka sebagai pasangan ideal dan pasangan secocok.... sekian.

No comments: