Friday, July 13, 2012

SYURGA untuk si cilik... INSYALLAH







Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakhbar! 
Wajah seorang bayi kecil yang mati syahid di Syria. Senyumanmu begitu indah dik :-)





Mereka nun di sana saban hari dibunuh dan disembelih oleh regim Basyar dan sekutunya, sedangkan apa tindakan kita? Sekadar lihat dan diam membisu? Jangan lupa bahawa kita semua akan dipersoalkan dihadapan Allah kelak jika kita masih diam membisu.

Apa tindakan kita? Ayuh lakukan sedikti gerak kerja ini, semoga Allah merahmati kita semua dan memberi pertolongan kepada rakyat Syria.
Ramai yang bertanya apakah peranan yang boleh dimainkan oleh rakyat Malaysia terhadap kebangkitan umat Islam di Syria khususnya.

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh kita ialah :

1) Prihatin terhadap isu-isu yang berlaku di Syria atau
 isu ummah secara keseluruhannya.

2) Sebarkan maklumat (daripada sumber yang sahih) kepada masyarakat berkenaan kezaliman yang berlaku di Syria.

3) Hulurkan bantuan kewangan kepada rakyat Syria yang memerlukan.

4) Teruskan berdoa agar mereka dibebaskan daripada pemerintah zalim regim Basyar dan semoga Allah sentiasa memelihara rakyat Syria.

5) Jangan tertipu dengan berita-berita daripada kebanyakan media yang begitu mengelirukan.

6) Kenali dan peka terhadap sebarang anasir Syiah dan Zionis agar umat Islam di Malaysia tidak tertipu dan menerima nasib sebagaimana di Syria.

7) Merasakan Syria adalah sebahagian daripada tanah Umat Islam yang perlu dipertahankan. Ini kerana terdapat banyak hadis nabi yang menceritakan berkenaan bumi Syam
.


Kehidupan mereka saban hari diserang dan ditekan sehingga tumbang sebagai syuhada' (insya-Allah). Jangan ingat kita tidak akan dipersoalkan dihadapan Allah kelak apabila kita tetap diam membisu, sedangkan hari demi hari darah umat Islam Syria mengalir tanpa hak dihirup regim Basyar dan sekutunya la'natullah.

Darah yang mengalir daripada jasad mereka menjadi saksi dihadapan Allah S.W.T kelak tentang kelalaian dan kelemahan pemimpin Islam yang masih diam membisu melihat kekejaman yang berlaku di Syria.


-antara wajah kanak2 yang telah terkorban-







Lebih sebulan lalu, kanak-kanak wanita ini memegang poster yang tertulis "Mohon Kalian Membantu Kanak-Kanak Homs" sambil menangis. Tangisannya kerana dia melihat bagaimana kawan-kawannya, ayah dan ibunya disembelih. 

Pihak admin (Page Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syiria / FB) telah menyiarkan berita kematian seorang kanak-kanak perempuan yang terbunuh dalam satu letupan bom pada 4 Mac 2012. Kanak-kanak perempuan ini sebenarnya telah menemui syahid (gambar kecil). Kini dia berbahagia di dalam syurga Allah. (INSYALLAH)







P/S:- sumber dari page fb "Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syiria"





Thursday, July 12, 2012

Syiah!!!!

Adakah kita tahu?


Selain daripada pembunuhan dan penyembelihan yang berlaku di Hama sehingga mengorbankan lebih 40 ribu Sunni di Syria suatu ketika dahulu, rakyat Sunni Syria tidak akan lupa juga pembunuhan dahsyat di Bandar Tadmurr, Syria 30 tahun yang lalu.

Tentera khas regim Asad telah membunuh ribuan pemuda/i terutamanya daripada kalangan masyarakat ilmuan di kota tersebut.

Ia bertujuan untuk menjadikan kejahilan terus meratai rakyat dan atas perkiraan tersebut supaya tiada lagi penentangan dari jenerasi seperti mereka di masa akan datang.

Pembunuhan yang dilakukan oleh tentera rejim secara amat kejam dan sadis tersebut tidak mampu dibayang oleh akal manusia yang waras.

Sudah puluhan ribu rakyat Syria terutamanya dari kalangan ilmuan dan generasi ulama' telah menjadi korban kedengkian golongan Syiah ini.

Kerana atas segala penderitaan dan tekanan yang telah mereka tempuhi selama lebih 50 tahun ini, apakah mereka tidak berhak bangkit mengubah nasib mereka seperti mana yang berjaya dilakukan rakyat Mesir?

Memang sedih apabila ada yang mengatakan kebangkitan mereka adalah ditaja oleh Barat. Apa yang pasti, mujahidin ini tidak akan pernah berundur.

Samada mencapai kemenangan ataupun gugur syahid.



p/s:- ayuh sepakat tolak syiah... 








(sumber:- dari page Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syiria)