Saturday, July 30, 2011

This is Namie86 Slideshow

This is Namie86 Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ This is Namie86 Slideshow ★ to Sungai Pinang (near Georgetown). Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Saturday, March 5, 2011

My Status




Agak poyos dan rasa macam cempera aje aku nk create citer
"awat aku xdak aci (aweks) lagi"... cangkelemang..
aku kat sini bukan nyer aper, aku cuma mahu clearkan status aku sekarang nih..
disebabkan ramai padahal 2-3orang jer yang menanyakan status aku:- kenapa? Awat? Apa pasal? Aku xder aweks lagi sampai sekarang..
Meh sini aku nak bagi jawapan nyer :-
1. Fulus ( pompuan nk yg poket tebal)
2. Aku X hensem
3. Masih frust (huhu)
4. X reti nak ngorat
5. Susah la nak cari yang berkenan dihati.
6. Tak datang seru lagi kot.
7. Banyak sangat halangan.
8. Belum bersedia la
9. Dah mencubalah tapi telah dikecewakan
10. Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu lah.
11. Jodoh tak sampai lagi kot.
12. Aku takut la nak bercinta nanti terluka susah lak.
13. Aku pon x faham peragai aku.
14. Sudah penah kene tolak.
15. Nak carik yang solehah lah.. (kihkih)
16. Masalah lah.
17. Zaman ini pompuan standart lebih tinggi.
18. Aku suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat aku.
19. Baru nak ngorat, member dah pancung “dia ni gay la cik adik” (toya betoi)
20. Tunggu pompuan ngorat aku…
apa macam ok reason aku nih?...

p/s:-
Bagi yang perempuan, tahukah anda, bukan senang untuk menjadi seorang lelaki mcm aku? Macam-macam perkara yang perlu difikirkan apabila anda adalah seorang lelaki. Lagi-lagi apabila usia anda meningkat dewasa dan tiba masa untuk mendirikan rumahtangga. Bermacam-macam perkara yang anda perlu anda fikirkan dan rancang supaya segalanya berjalan dengan lancar.
Sebagai contoh,aku nak habaq kat u all untuk mengahwini seorang perempuan tidaklah mudah seperti yang disangka. (bagaikan order teh boh di kedai mamak) Pelbagai perkara perlu dititikberatkan. Bermacam-macam perkara yang perlu seorang lelaki macam aku perlu di beri perhatian seperti,:-
1. Adakah duit hantaran mencukupi?
2. Adakah sudah memiliki rumah tempat tinggal?
3. Bagaimana pula apabila sudah mempunyai anak nanti?
4. Adakah terdapat sekolah yang berdekatan dengan rumah?
5. Bagaimana pula dari segi keselamtan di kawasan perumahan?
6. Adakah ianya selamat di situ?
7. Adakah gaji yang diterima setiap bulan dapat menanggung kos sara hidup apabila sudah berkeluarga?
8. Bermacam-macam perkara perlu difikirkan oleh seorang lelaki.
Apsal aku dah meyeleweng nih… arhhhh.. lantak lah aku yang taip sendiri bukan hampa yang taip…
Ok2.. apa2 aku harap hampa or korang semua sentiasa mendoakan semoga murah rezeki aku dan cepat2 lah dapat jodoh…….

Wednesday, March 2, 2011

@Sabah

~Sabahan Bah~

Baru2 ini dalam bulan febuary , sempena birthday aku yang ke 25huhu.. aku berkesempatan melawat ke negeri yang di katakan di aweks nyer manis2 and cun2 putih melepak lorr.. (negeri di bawah bayu). Mula2 nyer aku agak excited nk ke sana maklumlah 1st time kawe nk melancong ke sabah.. Niat aku cuma satu untuk ke sana iaitu nak nengoks aweks sabah nih betoi ker cun2 belako seperti yang di gembar gemburkan.. huhu(betoi ka bahasa aku nih).

Rupa2 sangkaan aku meleset sama sekali.......................... jeng2...

p/s: to be continue......

Berlatar belakang Gunung Kinabalu

Member aku "ajem" Yg Kaki Travel

sakit kepala aku time nk landing kat KK
Udara yang nyaman,tenang,relax, sesuai untuk mat2 jiwang
untuk release tension kat sini
Lokasi :- PINE RESORT kundasang




Sunday, February 20, 2011

Yang Terindah hanya Tinggal Kenangan..


Playback All Album






Pop Ye Ye Remix





Time Ni kitaOrang tengah Boring tahap Cipan..Sebab itu LAh Muncul idea Yang Agak2 Nak Mampois ni.. untuk hilAngkan Rasa boRing Kami..apapun semoGa tErHibur Dengan Video YanG Aku Sediakan.. BAnyak lagi Beb Video Yg Kami Edit Sendiri.. Lu Orang X payah piKir LA beB mAcam mana Kami Buat Video Yang Kureng Kos Ni HAnya BeRmodalKan MIMIK MUKA KAMI YANG HENSEM sajer.. Insyallah Aku Akan Letak BAnyak Lagi Video Lagu yg Kami Cipta kaN Sendiri..

KISAH DARI KEDAH...




cashier : assalamualaikum pakcik..
pakcik : walekumsalam..err.err.
cashier : makan sini ka bawa balik?
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..
cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?
pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.
cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?
pakcik : yang setsi ada tak??
cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..
pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..
cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.
pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.
cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..
pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.
cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?
pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..
cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?
pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?
cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?
pakcik : huu?natang apa tu?
cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.
pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..
cashier : err…ok ok..(segan layan)
cashier : semua sekali RM 34.50..
pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)
cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..
pakcik : tak kelapaq mai dah.

Huuu… Aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung… Baguih gak…
Depa kena sekali camtu… Lama-lama KFC tu semakin berkurang la… Huhu…
________________________________________
p/s: lawak juga cerita ni...

Selamat kembali ke laman dUnia bLog……

rindu pula rasa ingin berkongsi pengalaman n cerita dengan kengkawan…..blog yg sangat lama dah aku tak godam. apa pun biar tiada yg membaca, cukuplah ia dapat memberi ketenangan kepada diri ku ini. sebenarnya tiada apa yang nak dikata dikala hati bergelora, tiada apa yang boleh dikongsi dikala hati gundah gulana….

Ini lah akibat jika aku berani bermain dengan “hati”,

terimalah apa yang patut aku terima….

suka duka sudah biasa…

aku cuba tidak bersedih jika dia bukan milik ku..

dan teruskan usaha jika ia tercatit brsama mu...

sehinga kini luka masih ada biar pun tiada parut nyer...

sedih aku tidak terkata hanya pasrah dan redha aku melalui nyer....

apa apa pun aku tetap MUHAMAD NAZMI B MOHD SALIM A.K.A KU SHAHRUL NAZMI SALIM