Friday, July 13, 2012

SYURGA untuk si cilik... INSYALLAH







Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakhbar! 
Wajah seorang bayi kecil yang mati syahid di Syria. Senyumanmu begitu indah dik :-)





Mereka nun di sana saban hari dibunuh dan disembelih oleh regim Basyar dan sekutunya, sedangkan apa tindakan kita? Sekadar lihat dan diam membisu? Jangan lupa bahawa kita semua akan dipersoalkan dihadapan Allah kelak jika kita masih diam membisu.

Apa tindakan kita? Ayuh lakukan sedikti gerak kerja ini, semoga Allah merahmati kita semua dan memberi pertolongan kepada rakyat Syria.
Ramai yang bertanya apakah peranan yang boleh dimainkan oleh rakyat Malaysia terhadap kebangkitan umat Islam di Syria khususnya.

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh kita ialah :

1) Prihatin terhadap isu-isu yang berlaku di Syria atau
 isu ummah secara keseluruhannya.

2) Sebarkan maklumat (daripada sumber yang sahih) kepada masyarakat berkenaan kezaliman yang berlaku di Syria.

3) Hulurkan bantuan kewangan kepada rakyat Syria yang memerlukan.

4) Teruskan berdoa agar mereka dibebaskan daripada pemerintah zalim regim Basyar dan semoga Allah sentiasa memelihara rakyat Syria.

5) Jangan tertipu dengan berita-berita daripada kebanyakan media yang begitu mengelirukan.

6) Kenali dan peka terhadap sebarang anasir Syiah dan Zionis agar umat Islam di Malaysia tidak tertipu dan menerima nasib sebagaimana di Syria.

7) Merasakan Syria adalah sebahagian daripada tanah Umat Islam yang perlu dipertahankan. Ini kerana terdapat banyak hadis nabi yang menceritakan berkenaan bumi Syam
.


Kehidupan mereka saban hari diserang dan ditekan sehingga tumbang sebagai syuhada' (insya-Allah). Jangan ingat kita tidak akan dipersoalkan dihadapan Allah kelak apabila kita tetap diam membisu, sedangkan hari demi hari darah umat Islam Syria mengalir tanpa hak dihirup regim Basyar dan sekutunya la'natullah.

Darah yang mengalir daripada jasad mereka menjadi saksi dihadapan Allah S.W.T kelak tentang kelalaian dan kelemahan pemimpin Islam yang masih diam membisu melihat kekejaman yang berlaku di Syria.


-antara wajah kanak2 yang telah terkorban-







Lebih sebulan lalu, kanak-kanak wanita ini memegang poster yang tertulis "Mohon Kalian Membantu Kanak-Kanak Homs" sambil menangis. Tangisannya kerana dia melihat bagaimana kawan-kawannya, ayah dan ibunya disembelih. 

Pihak admin (Page Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syiria / FB) telah menyiarkan berita kematian seorang kanak-kanak perempuan yang terbunuh dalam satu letupan bom pada 4 Mac 2012. Kanak-kanak perempuan ini sebenarnya telah menemui syahid (gambar kecil). Kini dia berbahagia di dalam syurga Allah. (INSYALLAH)







P/S:- sumber dari page fb "Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syiria"





No comments: